Buktikan patuh perlembagaan parti sebelum ambil tindakan terhadap BERSATU - Tun Faisal - Utusan Malaysia

Buktikan patuh perlembagaan parti sebelum ambil tindakan terhadap BERSATU – Tun Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa parti itu tidak melanggar Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta tidak menafikan hak parti anggota sebelum mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pihak yang didakwa melanggar perlembagaan gabungan serta menindas hak parti anggota tidak sepatutnya mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang mematuhi peraturan PN.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perlu mengumpulkan bukti terlebih dahulu bagi membuktikan PAS selaku peneraju gabungan itu tidak pernah melanggar Perlembagaan PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kepemimpinan PN juga perlu membuktikan mereka tidak pernah menafikan hak BERSATU sebagai parti anggota, selain tidak memungkiri amanah dalam melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) PN.

“Mereka juga perlu membuktikan tidak berlaku sebarang tindakan khianat atau rundingan di belakang tabir dengan pihak luar tanpa pengetahuan serta mandat MT PN, selain memastikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak melanggar keputusan yang sudah ditetapkan.

“Berdasarkan pemahaman daripada keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran PN, mereka gagal membuktikan tidak melakukan sebarang kesalahan serta gagal memberikan sebab munasabah mengapa pendaftaran gabungan itu tidak boleh dibatalkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tun Faisal mengulas kenyataan Ahmad Samsuri yang memaklumkan sebarang prosiding dan tindakan tatatertib terhadap BERSATU hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak PAS menjelaskan tarikh sebenar rundingan serta perjanjian PRN Melaka yang dimeterai bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mempersoalkan sama ada rundingan berkenaan dibuat berdasarkan mandat MT PN atau sekali lagi membelakangkan perlembagaan gabungan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini