Serang guru: Pelajar sempat buat rakaman video - Utusan Malaysia

Serang guru: Pelajar sempat buat rakaman video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pelajar lelaki sebuah sekolah antarabangsa di sini, sempat membuat rakaman video sebelum berlakunya insiden seorang guru cuba merampas objek tajam daripadanya, pagi tadi.

Video didakwa dirakam pelajar terbabit sebelum kejadian, turut tersebar di media sosial, sekali gus meraih perhatian ramai, bagaimanapun kandungan dan tujuan sebenar rakaman masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut akaun Twitter terdapat dakwaan serangan itu di live stream di forum dan akaun itu diban

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pagi tadi, pelajar terbabit dilaporkan membawa objek tajam ke kawasan sekolah sebelum seorang guru cuba merampasnya.

Tindakan itu menyebabkan guru berkenaan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala pelajar terbabit berjaya dikawal sebelum dibawa ke pejabat pengetua.

Pihak polis kemudian tiba di sekolah dan mengambil alih pengendalian kes, manakala ibu bapa pelajar berkenaan turut dihubungi pihak sekolah.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak, mengesahkan kejadian, namun menafikan dakwaan bahawa kapak digunakan, sebaliknya menjelaskan objek adalah pisau pena.

Sementara itu, pemeriksaan terhadap beg pelajar berkenaan, turut menemukan satu barangan yang memerlukan pemeriksaan lanjut, dan ia kini dikendalikan pihak polis.

Tiada kecederaan lain dilaporkan setakat ini, dan sebagai langkah keselamatan, pihak sekolah mengarahkan premis ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan, selain meminta ibu bapa mengambil anak masing-masing lebih awal.

Pelajar yang berada berhampiran lokasi kejadian turut dipindahkan bagi memastikan keselamatan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini