Sarjan polis, anggota pemisah maut dalam pertempuran dua jam di Narathiwat - Utusan Malaysia

Sarjan polis, anggota pemisah maut dalam pertempuran dua jam di Narathiwat

KAKITANGAN perubatan Hospital Daerah Si Sakhon, Narathiwat, Thailand memberi rawatan kecemasan terhadap seorang anggota polis peronda sempadan yang cedera dalam pertempuran dengan kumpulan pemisah, pagi tadi. - IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pertempuran selama kira-kira dua jam antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pemisah di Daerah Si Sakhon, di sini, pagi tadi, mengorbankan seorang anggota polis berpangkat sarjan dan seorang anggota kumpulan pemisah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Sarjan Saroj Lommuan, 51, terbunuh ketika sepasukan anggota Pasukan Petugas Rejimen Peronda Sempadan ke-49 menjalankan operasi keselamatan di kawasan hutan Ban Tueng Ngo, Mukim Sri Banphot.

Sementara itu, dua anggota Polis Peronda Sempadan turut cedera dalam pertempuran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pasukan keselamatan terserempak dengan sekumpulan pemisah di kawasan hutan yang menjadi sasaran operasi berterusan pihak berkuasa bagi menahan individu yang terlibat dalam keganasan.

Katanya, seorang anggota kumpulan pemisah yang identitinya belum dikenal pasti turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

“Dua anggota Polis Peronda Sempadan, Prebet Pichet Bannasri, 34, terkena tembakan di kepala dan belakang, manakala Prebet Kiattisak Maneechan, 35, cedera parah di pinggang dan belakang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jurucakap itu memberitahu, panglima Tentera Wilayah 4, Leftenan Jeneral Chakrit Ucharatana, segera mengarahkan ketiga-tiga cabang angkatan tentera memberikan sokongan di lokasi kejadian.

Katanya, pasukan keselamatan kini sedang mengawal kawasan berkenaan, manakala anggota yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini