PGA tahan 30 warga asing 'berlindung' di lombong bijih besi

PGA tahan 30 warga asing ‘berlindung’ di lombong bijih besi

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan warga Bangladesh dan Indonesia selepas disyaki 'berlindung' di sebuah lombong bijih besi di Kampung Gual Dalam, Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 30 warga Bangladesh dan Indonesia ditahan dalam serbuan Op Taring Wawasan selepas disyaki ‘berlindung’ di sebuah lombong bijih besi di Kampung Gual Dalam, Lubok Setol, di sini, awal pagi tadi.

Warga asing yang terdiri daripada 16 lelaki Bangladesh dan 12 lelaki dan serta wanita Indonesia itu ditemukan berada di beberapa kabin yang dijadikan tempat penginapan pekerja di lombong berkenaan.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Ahmad Radzi Hussin berkata, operasi bermula kira-kira pukul 5 pagi hingga 5.40 pagi itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan dokumen pengenalan diri, pasport dan permit kerja warga asing di lokasi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian individu disyaki menyalahgunakan permit kerja, manakala sebahagian lagi disyaki tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Selain itu, terdapat dokumen pasport yang mencurigakan atau disyaki telah tamat tempoh, termasuk individu yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua tangkapan itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Serbuan di lombong bijih besi itu selepas menerima 10 laporan berhubung keberadaan warga asing di kawasan tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini