Konsep penyandang jadi asas agihan kerusi PN-BN di Melaka

Konsep penyandang jadi asas agihan kerusi PN-BN di Melaka

TAKIYUDDIN Hassan semasa sidang media selepas program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Konsep penyandang menjadi asas pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan dipersetujui oleh semua parti anggota gabungan berkenaan secara umum dan turut digunakan di negeri-negeri lain sebelum ini.

“Konsepnya yang dipersetujui secara umum ialah incumbent atau penyandang. Di Kelantan, Pas dan PN memegang 42 daripada 45 kerusi, itulah penyandang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama juga dengan Terengganu, 28 kerusi adalah penyandang kepada Pas dan PN. Melaka, UMNO merupakan penyandang kerana mereka mempunyai 21 kerusi. Jadi kita kena faham macam itulah,” katanya semasa sidang media selepas program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin memberitahu, PN akan mengumumkan calon gabungan itu di PRN Melaka pada Khamis depan iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.

Katanya, pengumuman calon PN itu dibuat secara berasingan dengan Barisan Nasional (BN).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini