Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 bakal meriahkan Dataran Temerloh - Utusan Malaysia

Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 bakal meriahkan Dataran Temerloh

Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Julung kali diadakan, Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 menjadi wadah penting untuk mengangkat budaya dan warisan negeri Pahang.

Fiesta yang bakal berlangsung selama tiga hari, dari 6 hingga 8 November 2026 di Dataran Temerloh, Pahang itu akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Antara pengisian utama program berkenaan ialah pameran warisan yang mengetengahkan khazanah budaya negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dianjurkan di bawah Apresiasi Pahang 1st, acara berkenaan menyasarkan penyertaan semua lapisan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti menarik sepanjang fiesta berlangsung.

Pengarah program, Nurul Aslina Saman berkata, fiesta itu bukan sekadar platform hiburan, sebaliknya menjadi ruang untuk masyarakat mengenali dan menghargai warisan serta budaya Pahang.

“Fiesta Tun Teja membawa mesej yang cukup bermakna tentang kekuatan, semangat, kepimpinan dan kesetiaan. Kami mahu nilai-nilai ini terus subur dalam masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Kami menjemput seluruh rakyat Pahang dan pengunjung dari luar negeri untuk hadir beramai-ramai. Ayuh bersama-sama memeriahkan Fiesta Tun Teja, meraikan warisan dan mencipta kenangan indah bersama keluarga serta sahabat,” katanya.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, fiesta itu turut menawarkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, antaranya kereta, motosikal, basikal dan barangan elektrik.

Suasana fiesta dijangka lebih meriah dengan persembahan artis popular tanah air termasuk Ella, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Tomok dan Siti Nordiana, selain kemunculan beberapa artis lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini