PETALING JAYA: Punca kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah akibat dijerut dengan kuat berkemungkinan dengan menggunakan tali, lanyard atau kain yang dipintal. Turut ditemukan pada tubuh kanak-kanak malang itu ialah lebih 20 kecederaan akibat objek tumpul dan tajam termasuk kesan luka koyakan di bahagian dubur akibat objek tumpul. Perkara itu didedahkan oleh Pakar Perunding Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, Dr. Rohayu Shahar Adnan ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. “Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya