GAZA: Israel melancarkan serangan kawasan berdekatan Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza, mengakibatkan beberapa mangsa terkorban. Serangan itu turut menyebabkan wartawan Palestin terbakar hidup-hidup selepas khemah media berhampiran hospital itu menjadi sasaran. Dua individu termasuk wartawan Palestin, Helmi Al-Faqaawi, terbunuh manakala beberapa yang lain, terdiri daripada pengamal media serta orang awam, cedera dalam serangan awal pagi Isnin. Beberapa wartawan Palestin lain, termasuk Ahmed Mansour Hassan Aslayeh, Ihab Al-Bardini, Ahmad Al-Agha, Mohammad Fayeq dan Abdullah Al-Attar, cedera dalam serangan udara itu. Sebuah video yang tular menunjukkan saat khemah wartawan terbakar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya