Tunku Azizah bersama 12,000 masyarakat sertai Hari Sarapan Malaysia Milo 2025 - Utusan Malaysia

Tunku Azizah bersama 12,000 masyarakat sertai Hari Sarapan Malaysia Milo 2025

TUNKU AZIZAH Aminah Maimunah Iskandariah (depan) berkenan berangkat pada Hari Sarapan Malaysia Milo (MBD) 2025 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 12,000 masyarakat pelbagai kaum menyertai Hari Sarapan Malaysia Milo (MBD) 2025 yang diadakan di daerah ini semalam.

Lebih bermakna, acara itu diserikan dengan kehadiran Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat menghadiri acara berkenaan bersama orang ramai.

Selain larian, acara dipenuhi pelbagai aktiviti termasuk senaman zumba dan juga ‘Milo Goodness Truck’ yang interaktif serta kemunculan khas Sahabat Milo, Nadhir Nasar dan Erysha Emyra sebagai tetamu istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Arnols berkata, acara tahun ini juga diadakan bersempena dengan tahun ke-75 Milo bertapak di Malaysia yang membekalkan khasiat pemakanan sejak turun-temurun.

“Kami benar-benar berbesar hati atas limpah perkenan Tengku Ampuan Pahang untuk berangkat bercemar duli ke Milo Malaysia Breakfast Day di Kuantan.

“Sesungguhnya sokongan dan keprihatinan baginda Tengku Ampuan Pahang begitu bermakna buat kami semua di Nestle sambil kami meraikan 75 tahun Milo membekalkan khasiat pemakanan sejak turun-temurun kepada rakyat Malaysia dan perjalanan 112 tahun Nestle di Malaysia,” katanya di sini semalam.

LEBIH 12,000 masyarakat pelbagai kaum menyertai Hari Sarapan Malaysia Milo (MBD) 2025.

Tambah Arnols, keberangkatan Tunku Azizah Aminah Maimunah menyerikan acara dan mendorong pihaknya meneruskan komitmen menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan membina masyarakat yang lebih bertenaga bersama-sama.

Dalam pada itu katanya, berikutan kejayaan penganjuran MBD di Putrajaya, Johor, Pulau Pinang dan Kuantan dengan penyertaan hampir 60,000 rakyat Malaysia, pihaknya akan meneruskan perjalanan dengan melancarkan dua lokasi baharu iaitu di Kedah dan Terengganu.

“Perkembangan ini menekankan lagi komitmen berterusan Milo untuk membawakan pengalaman sukan dan kesejahteraan yang mesra keluarga dan mudah disertai kepada masyarakat di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah bertitah, Milo sudah bertapak di Malaysia selama 75 tahun dan baginda sendiri menikmati minuman itu sejak kecil sehingga hari ini.

“Saya berharap usaha anda di sekolah-sekolah akan diteruskan terutama dengan kehadiran lori Milo kerana itulah yang paling diingati oleh kita semua tentang Milo. Saya minum Milo tanpa susu dan gula, tahniah kepada Milo dan Nestle Malaysia,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN