Tindakan tegas basmi kilang e-waste haram

Tindakan tegas basmi kilang e-waste haram

SULTAN Nazrin Shah berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu tindakan tegas dalam membasmi kewujudan kilang-kilang memproses e-waste yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Titah baginda, pada 15 Februari lalu, Perak dikejutkan apabila barangan bernilai RM1.3 bilion disita melalui serbuan pihak berkuasa terhadap sebuah kilang memproses e-waste yang beroperasi secara haram di Sungai Siput.

“Insiden ini mengundang persoalan, bagaimana pelbagai pihak berkuasa boleh terlepas pandang tentang kewujudan sebuah kilang yang tersergam, boleh beroperasi secara haram di kawasan terbuka.

“Insiden ini sewajibnya men­celikkan mata pelbagai pihak berkuasa untuk mempergiatkan usaha pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu, pantas dan tegas,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Ke-15 di sini semalam.

Sultan Perak juga bertitah, mutakhir ini Malaysia menjadi antara destinasi utama lambakan e-waste global dengan kebanyakan kilang memproses bahan tersebut menjalankan operasi secara haram.

Titah baginda, sindiket pemerdagangan sisa ini menggunakan modus operandi memalsukan dokumen dan mengisytiharkan kargo secara tidak tepat manakala premis yang ber­operasi secara haram menjalankan pemprosesan sisa buangan secara tidak terkawal, menyebabkan pencemaran udara, tanah dan air.

“Lambakan e-waste perlu diberikan perhatian serius kerana e-waste mengandungi bahan toksik dan berbahaya. Sisa toksik yang tidak dilupuskan dengan kaedah yang betul dan selamat, berisiko mencemarkan alam sekitar, serta memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, membuka kilang memproses e-waste tanpa permit merupakan perbuatan jenayah dengan pelaku jenayah terbabit didorong kepentingan sempit untuk me­raih keuntungan tanpa mempedulikan kesan buruk.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya