Tiga cedera, lima jam padam kebakaran tiga kilang - Utusan Malaysia

Tiga cedera, lima jam padam kebakaran tiga kilang

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seramai 46 anggota bomba dan  penyelamat mengambil masa kira-kira lima jam untuk memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Fauzi Awang berkata, pihaknya yang menerima panggilan  pada pukul 2.13 petang menggerakkan 19 jentera daripada beberapa Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran untuk memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kilang membancuh cat telah musnah dalam kebakaran sehingga memusnahkan 95 peratus struktur kilang.

“Kebakaran merebak ke dua buah kilang bersebelahan, selain turut memusnahkan tujuh buah kenderaan. Kebakaran dipadam menggunakannya teknik buih selain pancuran air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Muhammad Fauzi berkata, tiga mangsa melecur dalam kebakaran tersebut dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi tamat pada pukul 7.22 malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya