Tiga anggota imigresen ditahan bawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan di KLIA 1, KLIA 2 - Utusan Malaysia

Tiga anggota imigresen ditahan bawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan di KLIA 1, KLIA 2

TIGA anggota imigresen dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sindiket membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 tumpas dengan penahanan tiga anggota imigresen semalam.

Difahamkan kegiatan sindiket yang bermula dari 2021 hingga 2024 itu melibatkan habuan wang rasuah bernilai lebih RM10 juta yang turut diagihkan kepada anggota imigresen lain.

Mereka ini menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’ di KLIA 1 dan KLIA 2.

Ketiga-tiga anggota imigresen dengan gred jawatan KP2 yang berusia dalam lingkungan 40-an direman selama tujuh hari sehingga 21 April ini.

Turut dirampas barang kemas pelbagai jenis, sejumlah wang tunai dan sejumlah simpanan dalam akaun bank.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuantan di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd. Shukor Mahmud mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN