Terkejut kehadiran PGA, lelaki lari tinggalkan beg berisi 5 kg ganja

Terkejut kehadiran PGA, lelaki lari tinggalkan beg berisi 5 kg ganja

GANJA yang berjaya dirampas oleh Batalion 9 PGA semasa melakukan penugasan Op Taring Wawasan Kelantan di pangkalan haram MCA, Rantau Panjang, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan beg berisi 5 kilogram (kg) ganja di pangkalan haram MCA selepas terkejut kehadiran anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Rampasan bahan terlarang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 6.30 pagi.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah ternampak seorang lelaki yang sedang membawa sebuah beg di kawasan pengkalan haram tersebut.

“Menyedari kehadiran anggota PGA,
suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan beg tersebut di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg tersebut telah menjumpai ganja seberat 5 kg dengan anggaran nilai RM15,500,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, PGA tidak menolak kemungkinan dadah tersebut untuk pasaran tempatan dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya