Tahap kesihatan seorang mangsa Putra Height di ICU kini bertambah baik

Tahap kesihatan seorang mangsa Putra Height di ICU kini bertambah baik

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tahap kesihatan seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Selangor kini bertambah baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun itu telah dirawat di ICU sejak insiden 1 April lalu, dan masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Saya telah berpeluang menziarahi mangsa pada hari kedua insiden itu ketika mangsa dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Katanya, setakat 3 petang semalam, jumlah mangsa yang masih dirawat di hospital adalah seramai 30 orang dengan 13 di fasiliti KKM dan 17 orang di hospital swasta.

Dr Dzulkefly berkata, setakat hari ini, 120 orang mangsa insiden telah dibenarkan keluar daripada hospital berbanding 150 orang yang dirawat sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan tiada individu yang terkorban seperti tersebar di media sosial dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata, pihak polis tidak menerima laporan berkaitan kematian mana-mana individu dalam kejadian ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya