Syor projek RM100,000, ketua cawangan sebuah jabatan direman enam hari

Syor projek RM100,000, ketua cawangan sebuah jabatan direman enam hari

KETUA cawangan sebuah jabatan kerajaan (kiri) diiring oleh anggota SPRM selepas mendapat perintah tahanan reman selama enam hari di Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan di sini direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang dekat ini bernilai kira-kira RM100,000.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri

Terdahulu, suspek tiba Mahkamah Gua Musang pukul 9.35 pagi dengan memakai baju lokap polis berwarna ungu sambil diiringi pegawai dan anggota SPRM.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang ketua cawangan di sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang dekat ini bernilai kira-kira RM100,000.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya