SEOUL: Individu yang ditangkap memberi makan merpati di kawasan awam utama di Seoul, Korea Selatan, akan dikenakan denda sehingga satu juta won (RM3,032) mulai Julai. Langkah baharu itu menguatkuasakan larangan memberi makanan kepada haiwan yang secara sah ditetapkan sebagai ‘haiwan liar berbahaya’ di 38 lokasi seluruh bandar. Menurut kerajaan Metropolitan Seoul hari ini, Taman Namsan, Taman Piala Dunia dan Hutan Impian adalah antara tempat pelancongan utama yang termasuk dalam langkah baharu itu. Denda sebanyak 200,000 won (RM606) akan dikenakan untuk kesalahan pertama, meningkat kepada 500,000 won dan sejuta won (RM1,516…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya