Selangor tanggung sewa rumah mangsa kebakaran

Selangor tanggung sewa rumah mangsa kebakaran

Sewa mangsa kebakaran
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas mempengersikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor berhubung kejadian kebakaran paip gas dekat Putra Heights, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menanggung keseluruhan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada 613 keluarga mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang terpaksa berpindah ke rumah lain berikutan kediaman mereka terjejas akibat tragedi itu.

Bantuan dengan jumlah keseluruhan RM7.35 juta itu akan ditanggung selama enam bulan kepada mereka termasuk penyewa untuk menduduki rumah di kawasan berhampiran termasuk kediaman di bawah Skim Smart Sewa di Kota Warisan, Sepang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 437 rumah yang dikenal pasti sebagai angka muktamad oleh pasukan teknikal sehingga pendaftaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup pada pukul 6 petang semalam.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, ia dibahagikan dalam tiga kategori iaitu musnah sepenuhnya (kebakaran struktur lebih 40 peratus), separa musnah (kurang 40 peratus) dan terkesan tetapi tidak terbakar.

“Maknanya dari segi keseluruhan itu, bagi kategori pertama, sebanyak 81 rumah disahkan dalam kategori musnah sepenuhnya, manakala 81 lagi ditakrifkan sebagai separa musnah dan 57 terbakar tetapi tidak mengalami kesan kepada struktur.

“Baki sebanyak 218 rumah diperiksa tidak terjejas dan kita membesarkan kawasan terkesan daripada 290 meter persegi dan kali ini 325 meter persegi. Sehingga hari ini sebanyak 151 rumah yang dimuktamadkan semalam disahkan selamat dan pemiliknya dibenarkan pulang ke kediaman masing,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, berdasarkan semakan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor juga sebanyak 141 keluarga dibenarkan pulang selepas rumah mereka disahkan selamat atau mengalami kerosakan kecil.

Jelas Amirudin lagi, bantuan itu akan dimuktamadkan seawal minggu hadapan selepas proses pengesahan maklumat mangsa serta pengagihan bantuan awal diberikan kepada mereka bermula hari ini.

“Mungkin dalam minggu hadapan kita akan muktamadkan dan kita akan serahkan kepada semua ketua isi rumah supaya mereka boleh menggunakan wang bantuan tersebut menyewa kediaman sementara dan selepas enam bulan mungkin sebahagian mereka akan dibenarkan pulang kerana cuma alami kerosakan kecil.

“Kecuali mereka yang terpaksa total loss mungkin akan mengambil masa (menyewa) yang lebih panjang (lebih enam bulan). Sebagai contoh Airbnb yang saya sebutkan untuk 87 unit kediaman itu kita sudah boleh mulakan mulai Rabu ini, kepada mereka yang berminat, kita akan susun,” ujarnya.

Beliau memberitahu, status rumah yang rosak keseluruhan akan dibuat penilaiannya bermula minggu hadapan selepas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menganggarkan kos kemusnahan dijangka bernilai RM65.4 juta.

“Ia termasuk kos pendawaian elektrik. Namun, tindakan pantas pasukan bomba dan agensi keselamatan lain pada hari kejadian dapat mengurangkan nilai kemusnahan sehingga RM285.9 juta.

“Kita juga akan tengok keadaan (struktur) rumah itu selamat untuk dibina atau terpaksa robohkan. Mungkin juga anak syarikat kerajaan negeri boleh membantu membuat penilaian terhadap kos naik taraf atau baiki rumah yang rosak total loss,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya