‘Saya masih trauma, hilang arah ke mana hendak pergi’

‘Saya masih trauma, hilang arah ke mana hendak pergi’

Seorang penduduk, Aliyah Ismail melihat keadaan barang katering yang hangus akibat daripada kebakaran saluran gas di Kampung Kuala Sungai Baru di Puchong, semalam. – utusan/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini semalam memperlihatkan nasib berbeza yang menimpa mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas pada 1 April lalu.

Salah seorang mangsa, Masayuan Takbir, 38, berkata, dia masih lagi trauma dengan kejadian itu dan sehingga kini masih belum mempunyai tempat tinggal kekal buatnya sekeluarga.

“Saya masih trauma dan mental agak terganggu. Apabila PPS ditutup hari ini, saya hilang arah mahu ke mana.

“Mujur pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) cepat bertindak dan benarkan kami bermalam di hotel buat sementara malam ini (semalam).

“Esok (hari ini) baru boleh masuk rumah sementara, tetapi lokasinya agak jauh dari sekolah anak-anak. Susah juga, tetapi hendak buat macam mana, ikut sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, insiden tersebut turut menyebabkan mengalami kecederaan melecur tahap tiga dan perlu menjalani rawatan mingguan di Hospital Putrajaya.

Namun, nasib lebih baik buat seorang lagi mangsa, Nor Fazreen Azizan, 34, yang mengambil langkah awal mencari rumah sewa sejak minggu lalu.

Katanya, rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru turut musnah keseluruhan, namun dia bersyukur kerana berjaya mendapatkan rumah sewa yang sesuai tanpa perlu membayar deposit.

“Saya ambil keputusan cari rumah sewa awal kerana bimbang PPS tidak akan beroperasi lama. Syukur ada tuan rumah yang baik hati. Mereka tidak menaikkan harga dan tidak meminta deposit pun. Saya ha­nya perlu bayar sewa bulanan RM1,000.

“Sekurang-kurangnya sekarang saya dan anak-anak ada tempat yang lebih selesa dan kekal. Memang bersyukur sa­ngat,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya