Raikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis - Utusan Malaysia

Raikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Amari Hotel, Pulau Pinang baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang ramai bertandang ke Perlis untuk bersama-sama rakyat negeri ini meraikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda bertitah, selain acara utama iaitu Majlis Santapan Malam Diraja yang akan diadakan di Istana Arau pada 17 April melibatkan tetamu-tetamu diraja dari seluruh negara, pelbagai acara lain turu diatur.

“Antaranya Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, Persembahan Orkestra Diraja serta Program Sisipan Khas oleh Tentera Darat Malaysia,” titah baginda selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis di Amari Hotel, Pulau Pinang baru-baru ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin telah dimasyhurkan sebagai Raja Perlis pada 17 April 2000 selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pada tanggal 7 Mei 2001, satu istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin telah disempurnakan di Istana Arau.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin turut menyarankan agar mempromosikan makanan identiti negeri Perlis sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan negeri ini.

Sementara itu, penyelia makanan Restoran Amaya Food Galery, Muizzuddin Ismail dan pembantu pengurus restoran, Norfazli Zainudin memaklumkan bahawa menu kurma daging Perlis yang diaturkan oleh YTSP Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) serta hotel ini telah menjadi satu tarikan bagi pengunjung di Amari Hotel.

“Ia termasuk Buffet Ramadan baru-baru ini bagi merasa sendiri masakan istimewa Perlis sempena promosi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya