PETALING JAYA: Tuntutan insurans kerosakan harta akibat letupan paip gas di Putra Heights hanya boleh dibuat oleh pemilik rumah yang dilindungi di bawah Insurans Pemilik Rumah atau Insurans Isi Rumah, dengan syarat polisi tersebut diambil bersama perlindungan tambahan yang bersesuaian. Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ramai pemilik rumah tidak menyedari bahawa tidak semua polisi insurans secara automatik meliputi kerosakan akibat letupan paip gas domestik. Katanya, kekeliruan tersebut menyebabkan segelintir pemegang polisi beranggapan mereka dilindungi, sedangkan perlindungan sebenar hanya diberikan bergantung kepada jenis polisi dan tambahan yang dipilih. “Kebanyakan polisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya