Prakash ‘kejutkan’ dua Ahli Parlimen di Tebrau - Utusan Malaysia

Prakash ‘kejutkan’ dua Ahli Parlimen di Tebrau

M. PRAKASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilihan Ketua Cabang PKR Tebrau mencatatkan keputusan mengejutkan apabila dua Ahli Parlimen yang bertanding jawatan itu tewas kepada calon yang merupakan ahli biasa.

Pada pemilihan itu, M. Prakash muncul pemenang apabila menewaskan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dan Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran.

Berdasarkan laman sesawang keputusan Pemilihan PKR 2025, Prakash memperoleh 690 undi.

Yuneswaran gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sebelum ini apabila mendapat 589 undi, manakala Wee Tse yang juga Naib Pengerusi PKR Johor hanya memperoleh 560 undi.

Keputusan pemilihan PKR 2025 itu dimuat naik dalam laman sesawang https://pemilihan.keadilanrakyat.org/ sebentar tadi.

Berdasarkan borang tersebut, daripada jumlah 2,276 yang layak mengundi, sebanyak 1,840 kertas undi yang dikeluarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya