Perlis umum cuti peristiwa pada 17 April sempena Jubli Perak - Utusan Malaysia

Perlis umum cuti peristiwa pada 17 April sempena Jubli Perak

MOHD.Shukri Ramli (tiga dari kanan) beramah mesra bersama pengunjung pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada tanggal 17 April ini bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli semasa Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu adalah Tuanku Syed Sirajuddin dengan diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd. Shukri berkata, pengisytiharan cuti khas itu adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Sukacita dimaklumkan bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, kerajaan negeri dengan ini berbesar hati mengisytiharkan Hari Khamis, 17 April 2025 bersamaan
18 Syawal 1446H sebagai Hari Cuti Peristiwa,” katanya.

Pada 17 April 2000, Tuanku Syed Sirajuddin dimahsyurkan menjadi Raja Perlis Ke-7 dan dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII bermula 13 Disember 2001.

Baginda juga merupakan Raja Perlis yang pertama dilantik selepas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis digubal pada tahun 1948.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya