Nick Carter berdepan satu lagi pertuduhan merogol - Utusan Malaysia

Nick Carter berdepan satu lagi pertuduhan merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Nick Carter berdepan satu lagi tuduhan merogol membabitkan seorang wanita dikenalinya.

Berdasarkan laporan mahkamah yang diperoleh portal TMZ, Laura Penly, mendakwa dia diserang secara seksual oleh anggota kumpulan Backstreet Boys itu ketika usianya mencecah 19 tahun.

Penly juga menuduh Carter sebagai pembawa masalah penyakit seksual yang dialaminya.

Dakwaan itu timbul susulan kes pertuduhan serangan seksual yang difailkan sekumpulan wanita terhadap penyanyi berusia 45 beberapa tahun kebelakangan ini.

Carter menerusi peguamnya, Liane K. Wakayama and Dale Hayes Jr menolak semua pertuduhan tersebut selain menyifatkan tuduhan Penly sebagai satu lagi usaha mencemarkan nama baik dia dan keluarganya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya