KUALA LUMPUR: Negara rugi hingga RM20 bilion setahun akibat nahas jalan raya yang mengakibatkan lebih 6,000 kematian pada 2023. Jumlah kematian dijangka meningkat setiap tahun mengambil kira pertambahan kenderaan yang menyumbang kepada peningkatan kemalangan. Pada 2023, 598,635 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara, berbanding 545,588 kemalangan pada 2022 dengan 6,080 kematian, dan 370,286 kemalangan dengan 4,539 kematian (2021). Jumlah kerugian yang dialami itu termasuk kos rawatan, perubatan, kehilangan produktiviti dan kerosakan harta benda. Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Teik Hua berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya