KOTA BHARU: Seorang tukang jahit terkedu begelar juwatan selepas memperoleh wang tunai berjumlah RM1 juta menerusi Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP).
Roswani Ismail, 56, dari Kampung Chempaka itu menjadi individu ke 110 yang menerima ganjaran tersebut berkata, dia mula menabung SSP pada tahun 2023 lalu.
Menurutnya, dia menggunakan yang diperoleh hasil upah menjahit untuk menabung dalam SSP sebagai bekalan hari tua.
“Sehingga hari ini saya masih belum percaya menerima wang sebanyak itu.
“Insya-Allah, saya akan menggunakan wang ini untuk membawa semua adik beradik ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Replika Cek Jutawan BSN SSP ke-110 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Pengarah Negeri BSN Kelantan Noriza Hashim.
Mengimbas semula detik manis itu, Roswani memberitahu, dia menerima panggilan daripada pihak BSN pada 2 April yang bersamaan dengan 4 Syawal.
Katanya, selepas dimaklumkan oleh BSN di terkedu dan tidak percaya memperoleh wang sebanyak itu.
“Saya anggap ia sebagai duit raya kerana khabar gembira itu diperoleh dalam bulan Syawal.
“Bila saya maklum kepada ahli keluarga dapat duit raya RM1 juta semua teruja,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.-UTUSAN