Makanan sejuk beku seludup dari Thailand, sosej babi RM12,600 dirampas

Makanan sejuk beku seludup dari Thailand, sosej babi RM12,600 dirampas

SOSEJ babi yang dirampas PGA semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Rantau Panjang, Kelantan.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai makanan sejuk beku dan sosej babi yang diseludup dari Thailand bernilai RM12,600 dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, kedua-dua rampasan itu dilalukan oleh anggota PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Semasa rondaan dilakukan sekitar pukul 2.30 petang, sepasukan anggota bertugas telah menjumpai beberapa bungkusan di kawasan tebing Sungai Golok di pangkalan haram Epek, Lubok Jong.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu telah menjumpai 240 paket makanan sejuk beku Thailand bernilai RM12,000 yang disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Serbuan kedua pada pukul 9.30 malam di kawasan tebing Sungai Golok, anggota bertugas telah menjumpai 15 peket sosej khinzir bernilai RM600.

“Kesemua barangan itu telah ditinggalkan oleh sekumpulan penyeludup selepas menyedari kehadiran anggota PGA. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya