Kurang penduduk, solat Jumaat hanya 11 jemaah

Kurang penduduk, solat Jumaat hanya 11 jemaah

KHATIB membacakan khutbah ketika solat Jumaat di Masjid Ismailiah Kampung Tebing Rebak di Bagan Datuk. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Sudah bertahun-tahun solat Jumaat di Masjid Ismailiah Kampung Tebing Rebak di sini, dilaksanakan tidak sampai 40 jemaah seperti yang disyaratkan.

Bahkan, solat Jumaat minggu lalu di masjid tersebut hanya dihadiri 11 jemaah sahaja ekoran kekurangan penduduk.

Imam masjid tersebut, Muhammad Amiruddin Zainal Abidin berkata, kekurangan jemaah terutama semasa solat Jumaat sudah bertahun-tahun dialami di masjid itu.

Katanya, mereka tetap melaksanakan solat Jumaat walaupun tidak cukup 40 jemaah selepas mendapat pandangan daripada bekas Mufti Perak, Allahyarham
Tan Sri Harussani Zakaria.

“Keadaan ini sebenarnya diketahui oleh mufti ketika itu, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria yang datang bertemu dengan jawatankuasa masjid ini tetapi saya sudah lupa bila pertemuan itu diadakan.

“Dalam pertemuan itu, Allahyarham Mufti secara lisan meminta supaya solat Jumaat tetap didirikan walaupun jemaahnya sedikit.

“Allahyarham kata kalau ada 12 jemaah pun sudah boleh dirikan solat Jumaat kerana kampung ini memang kurang penduduk.

“Berpegang pada kata-kata Allahyarham kami tetap mendirikan solat Jumaat walaupun jemaahnya tidak cukup 40 orang, kadang kala hanya berbelas-belas jemaah.

“Kami tetap mendirikan solat Jumaat supaya generasi muda tahu tentang solat Jumaat dan mahu membiasakan mereka dengan masjid,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, masjid terdekat dengan kampung itu agak jauh terletak kira-kira lima kilometer.

“Rata-rata jemaah masjid ini terdiri daripada warga tua yang tidak larat untuk ke masjid di luar kampung ini bagi mendirikan solat Jumaat,” katanya.

.“Solat fardu tetap dilaksanakan di setiap lima waktu dan azan sentiasa dilaungkan pada lima waktu,” katanya.

Kampung Tebing Rebak mengalami kekurangan penduduk kerana penghijrahan dan bekerja di luar malah sekolah rendah di kampung itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak hanya mempunyai lapan murid bagi sesi persekolahan tahun 2025.

Malah bagi sesi persekolahan tahun ini, hanya seorang murid Tahun Satu mendaftar di sekolah tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, jemaah di masjid terbabit boleh meneruskan solat Jumaat jika ia sudah diputuskan oleh Allahyarham Harussani.

Jika itu sudah diputuskan oleh arwah sebelum ini maka teruskanlah, hukum itu terpakai untuk mereka sahaja seperti yg telah dinyatakan oleh Arwah Tan Sri Harussani,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya