KPDN Kelantan patahkan cubaan seludup 7.735 tan minyak masak peket ke Thailand - Utusan Malaysia

KPDN Kelantan patahkan cubaan seludup 7.735 tan minyak masak peket ke Thailand

AZMAN Ismail (kiri) menunjukkan minyak masak peket yang cuba di seludup ke Thailand selepas menyerbu sebuah rumah di Tendong, Pasir Mas, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 7.735 tan minyak masak peket bernilai RM70,000 ke negara jiran selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai transit di Tendong di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 9.35 malam itu,
tiga lelaki berusia 20 hingga 40 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barangan kawalan tersebut.

Pengarahnya Azman Ismail berkata,
hasil pemeriksaan di lokasi pihaknya telah menjumpai 455 kotak berisi minyak masak paket bersubsidi seberat satu kilogram yang disorok di dalam lori dan kereta jenis proton Wira Aeroback.

“Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan minyak masak dari luar negeri ini tanpa sebarang dokumen dan kebenaran sah.

“Kita tidak menolak kemungkinan minyak masak tersebut dipercayai untuk di seleweng ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, operasi tersebut disertai oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya