DI utara tanah air, bumi Jelapang Padi berdiri sepi sebuah mahligai cinta, Istana Sepachendera yang seakan-akan membuai mimpi-mimpi di zaman silam pada setiap mata yang memandang. Istana Sepachendera bukan sekadar bangunan tetapi monumen cinta sang raja kepada permaisurinya seperti ‘Taj Mahal’ yang diabadikan oleh Shah Jahan buat isteri, Mumtaz Mahal, namun tanpa takhta kemasyhuran. Istana berkenaan dibina pada 1882 sebagai tanda kasih Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah buat isteri pertama baginda, Che Sepachendera yang dipercayai seorang bangsawan dari Siam. Memayungi Kedah dari 1881 hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya