Kenyataan O’Reilly dangkal, jahil – Anwar

Kenyataan O’Reilly dangkal, jahil – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas hos Foxs News, Bill O’Reilly yang menghina dan memperlekeh­kan orang Melayu menggambarkan sikap ekstrem, keangkuhan sesetengah pihak yang jahil dan dangkal ilmu.

Perdana Menteri berkata, pemikiran sebegitu menunjukkan dia hanya mahu menunjukkan kelompok dan negara mereka sahaja yang paling berjaya.

Sedangkan, tegas beliau, mereka tentunya dia tidak ada kefahaman sama sekali tentang Asia, ASEAN dan perkembangan terbaharu hubungan dagangan antara rantau ini apabila menyatakan Melayu tidak ada duit untuk membeli barang dari China.

“Dan ini yang kita sebut dalam bidang ilmu sosial sebagai pemikiran yang terperangkap, pemikiran yang terbawa-bawa dengan sikap imperialis dan penjajah.

“Jadi kita jangan terlalu gusar dengan perkara yang masih tiada. Ini akan ada sikap Islamofobia, anti kaum lain kerana kejahilan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulas demikian berhubung kenyataan O’Reilly yang kini adalah pengulas politik konservatif AS, mengeluarkan kenyataan itu dalam usaha memperlekeh lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Dalam hantaran di X, dia mengatakan penduduk di negara-negara yang di lawati oleh Xi itu termasuk menyebut ‘Melayu’ sebagai tidak ada wang untuk membantu China yang kini dikenakan tarif lebih 200 peratus oleh AS.

Dia turut memperlekehkan lawatan yang bertujuan mengukuhkan hubu­ngan serantau itu dengan mengatakan Xi ke negara-negara terbabit dengan tujuan untuk menyeludup barang.

Presiden China itu memulakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia pada Selasa atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ini lawatan kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kali terakhir pada 2013 yang menyaksikan hubungan diplomatik kedua-dua negara ditingkatkan kepada perkongsian strategik menyeluruh.

Xi telah diberikan sambutan negara diikuti dengan majlis menghadap dan jamuan negara bersama Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Dalam pertemuan dua hala di Kompleks Seri Perdana pada hari sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Xi membincangkan pelbagai cara untuk memperkukuh kerjasama dua hala di samping bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian dan nota antara Malaysia dan China. Lawatan Pre­siden China itu mendapat perhatian khusus daripada pihak AS termasuk Presiden Donald Trump yang turut mengulas mengenainya.

Berdasarkan Jabatan Perang­kaan Malaysia (DOSM), orang Melayu dan Bumiputera kini berjumlah 21.7 juta atau 64 pe­ratus keseluruhan penduduk di negara ini.

Jumlah simpanan orang Melayu da­lam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM363.85 bilion; di Amanah Saham Bumiputera (ASB) hampir RM173.8 bilion dan Tabung Haji (TH) mence­cah RM91.7 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya