Kematian Prebet Muhammad Muqriz, reman dua anggota tentera dilanjutkan sehingga Rabu

Kematian Prebet Muhammad Muqriz, reman dua anggota tentera dilanjutkan sehingga Rabu

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan semasa menjawab soalan pemberita selepas mengadakan lawatan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tempoh reman dua anggota tentera dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) dari Kem Sri Miri, Sarawak yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, pada Isnin lalu dilanjutkan sehingga Rabu ini.

Terdahulu, kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu telah direma selama tujuh hari sehingga 2 April lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, susulan itu pihaknya tidak akan memberikan sebarang ulasan kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

“Bagaimanapun, pihak Lembaga Siatasan akan menjalankan siasatan dan mengkaji perintah tetap dan prosedur berkaitan kes berkenaan.

“Perbuatan mendera, membuli amat dipandang berat. Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) kesal dan sedih dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas mengadakan lawatan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, TDM mengesahkan kematian Muhammad Muqriz pada Isnin lalu disebabkan wujud unsur ‘manhandling’ (kekerasan) yang dilakukan terhadap mangsa.

Menurut kenyataan itu, laporan awal yang diterima hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Miri pada Selasa lalu, mendapati punca kematian disahkan akibat trauma tumpul pada dada yang merujuk kepada hentakan kuat di bahagian dada menyebabkan kerosakan pada jantung.

Susulan insiden itu, dua anggota prebet berusia 22 dan 24 tahun dari kem berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Hafizuddeain berkata, anggota yang bertindak menampar seorang wanita sehingga cedera di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan pada 29 Mac lalu telah diambil tindakan di peringkat pentadbiran dengan memberikan nasihat.

Katanya, TDM menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

“Bagaimanapun, anggota terbabit masih perlu menjalankan tugas seperti biasa di pasukan kerana ia merupakan prosedur,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya