KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan kanak-kanak perempuan di Kelantan di kesan terlibat dengan sumbang mahram seawal usia 10 tahun berpandukan kepada laporan yang diterima oleh pihaknya setakat ini.
Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lebih membimbangkan kanak-kanak itu melakukan hubungan intim tersebut dengan sepupunya sendiri yang berusia 11 tahun.
“Semua ini terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu hamil dan keluarga telah tampil membuat laporan. Ini kes yang berlaku pada minggu lalu,” sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, kes sumbang mahram dan rogol di negeri ini cukup membimbangkan apabila berlaku peningkatan setiap tahun yang dilakukan atas dasar suka sama suka.
Katanya, disebabkan perempuan itu berusia bawah 16 tahun kes tersebut diklasifikan sebagai rogol.
“Sepanjang tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan iaitu meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes. Jadi, suku pertama tahun ini ia menunjukkan peningkatan sebanyak 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” ujarnya.-UTUSAN