‘Kami bingung mahu ke mana selepas PPS tutup?’

‘Kami bingung mahu ke mana selepas PPS tutup?’

KEADAAN rumah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas ketika dirakamkan pada tinjauan di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya, Selangor, semalam.-UTUSAN/SYAKIR RADIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: ‘Kami bingung dan pening memikirkan nasib kami selepas ini. Ke mana harus kami pergi selepas pusat pemindahan sementara (PPS) akan ditutup Sabtu dan Ahad ini?”

Itu keluhan mangsa-mangsa letupan paip gas yang masih tinggal di PPS Putra Heights. Sebanyak 90 keluarga bakal keluar selepas PPS itu akan ditutup sepenuhnya hujung minggu ini.

Menurut mangsa, Jaleha Jalil, 69, rumahnya hangus terbakar bersama empat lagi rumah anak-anaknya yang tinggal dalam satu kawasan.

“Masa terbakar saya melarikan diri ke belakang rumah dan masuk ke dalam sungai untuk menyejukkan badan dan menyelamatkan diri.

“Rumah memang teruk terbakar, memang sudah tidak boleh masuk, apa lagi mahu tinggal di sana, memang tidak boleh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, sehingga sekarang dia belum mendapatkan rumah sewa yang sesuai tambahan pula tempoh yang diberikan untuk tinggal di PPS hingga hari Ahad ini sahaja.

“Saya pun pening juga memikirkan mana hendak tinggal selepas ini. Rumah sewa belum dapat lagi.

“Anak-anak juga sedang ber­usaha mencari rumah sewa yang berdekatan namun dengar cerita tuan rumah sewa pula naikkan harga,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa, Murnira Ibrahim, 44, hanya mampu mengalirkan air mata meratapi keadaan keluarganya sekarang selepas kejadian letupan kebakaran yang melenyapkan rumah, tiga biji motor dan kereta­nya.

“Sedih dan saya menangis bila teringat semula kejadian ini yang sekelip mata mengubah kehidupan kami sekeluarga. Semua lesap begitu sahaja tetapi saya kena kuat untuk meneruskan hidup,” katanya.

Murnira berkata, dia juga resah bila memikirkan keadaan tempat tinggalnya.

Namun katanya, dia mungkin akan berpindah ke rumah adiknya di Banting apabila PPS ini ditutup serta akan uruskan pemindahan sekolah anaknya.

“Saya memang bergantung dengan kerajaan dan pihak-pihak yang ikhlas memberikan bantuan kepada kami sepanjang tempoh kami menghadapi waktu sukar sebegini.

“Tiada apa yang boleh kami buat ketika ini, hanya tunggu apa langkah yang bakal dilakukan oleh pihak atasan sahaja untuk membantu mangsa-mangsa di sini,” katanya.

Bagi Muhammad Jalil, 50, setakat hari ini pihak berkuasa tempatan (PBT) masih belum memberikan mereka kebenaran untuk masuk melihat kawasan sekitar perumahan.

“Kalau ikutkan rumah saya itu terjejas dalam 60 peratus hingga 40 peratus sahaja tapi sebab mereka tidak bagi masuk dan hujan lebat menjadikan rumah itu memang terjejas teruk.

“Saya terpaksa cari rumah sewa lain dengan kadar segera, lagipun saya hanya kerja sendiri dan kebanyakan rumah sewa yang saya jumpa semua jauh dari tempat saya meniaga.

“Sepatutnya kerajaan kena cepat bertindak mencari rumah sementara untuk mangsa yang terjejas,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya