KUALA LUMPUR: Jenazah Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dibawa ke Masjid Negara untuk disolat dan disemadikan di Makam Pahlawan.
Sementara itu, wartawan mula berkumpul di kediaman Allahyarham di Carcosa Seri Negara di sini sejak pukul 7 pagi tadi bagi membuat liputan.
Menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin dilihat tiba pada 7.12 pagi.
Abdullah lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 86 tahun malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur akibat masalah pernafasan.
Allahyarham merupakan Perdana Menteri Ke-5 yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN