JBPM Kelantan jangka kebakaran terbuka menurun 50 peratus

JBPM Kelantan jangka kebakaran terbuka menurun 50 peratus

BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menjangkakan kes kebakaran terbuka di negeri ini menurun sehingga 50 peratus sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Farhan Sufyan Borhan berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada kekerapan hujan yang berlaku sementara di beberapa kawasan di negeri ini.

Menurutnya, selain itu, statistik kebakaran terbuka sepanjang tempoh empat bulan pada tahun ini juga menurun berbanding tahun lalu melibatkan kawasan di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Gua Musang.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 60 peratus panggilan yang diterima berhubung kebakaran termasuk di tapak pelupusan sampah.

“Daripada jumlah tersebut, panggilan kecemasan berhubung kes kebakaran lalang dilaporkan paling banyak berlaku pada bulan Februari dan Mac lalu.

“Kita menerima sebanyak 1,897 panggilan berhubung kebakaran terbuka sepanjang tahun lalu. Bagi tempoh empat bulan tahun ini, kita hanya menerima 187 panggilan mengenai kebakaran terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen Kelantan di sini hari ini.

Farhan Sufyan memberitahu, sebanyak 44 kawasan di negeri ini dikesan sering berlaku kebakaran terbuka dengan kes paling banyak berlaku di Bachok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya