KANGAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengesan terdapat segelintir peniaga cuba mengelirukan pengguna dengan menjual buah atas nama harumanis sedangkan ia bukan buah ikonik itu. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian FAMA negeri bermula sejak awal tahun ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab dikesan menjual mangga jenis Nam Man dari Thailand namun mendakwa buah itu sebagai harumanis. Justeru, FAMA menasihatkan pengguna agar tidak mudah tertipu dengan taktik tersebut. Pengarah FAMA negeri, Mohd.…









