TELAVIV: Siasatan penyiar awam Israel, KAN, mendedahkan bahawa tentera rejim sengaja memalsukan penemuan terowong di Koridor Philadelphi sempadan Gaza-Mesir, lapor agensi Anadolu. Menurut laporan itu, struktur yang didakwa tentera Israel kononnya terowong pejuang Hamas, hanyalah sebuah terusan cetek. Ogos lalu, tentera Israel menyiarkan gambar konon terowong di kawasan sempadan bebas aktiviti ketenteraan. “Tiada langsung terowong, hanya terusan yang ditimbus tanah,” menurut KAN. Pembohongan itu bertujuan membesar-besarkan kepentingan Koridor Philadelphi dan melambatkan perjanjian pertukaran tebusan, kata laporan itu. Menurut KAN, bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengesahkan penemuan itu dengan menyatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya