NAYPYIDAW: Hujan lebat semakin memburukkan keadaan dan menyukarkan usaha bantuan di Myanmar, ketika media negara melaporkan jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat meningkat kepada hampir 3,500 orang. Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu berlaku pada 28 Mac lalu, meruntuhkan bangunan, memutuskan bekalan elektrik dan merosakkan jambatan serta jalan raya di seluruh negara. Kerosakan teruk berlaku di bandar Sagaing yang terletak berhampiran pusat gempa, serta di Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar yang mempunyai lebih 1.7 juta penduduk. Media negara yang dikendalikan pemerintah junta kini melaporkan 3,471 kematian yang disahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya