Gempa bumi Myanmar: Dua mayat ditemukan SMART

Gempa bumi Myanmar: Dua mayat ditemukan SMART

PASUKAN SMART MAS-01 membawa keluar mayat ditemukan di sebuah lokasi di Myanmar.- ihsan FB SMART
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia (MAS-01) ekoran gempa bumi di Myanmar, setakat ini menemukan dua mayat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi.

SMART dalam kenyataan memaklumkan, operasi hari pertama dijalankan di sebuah sekolah persendirian yang menemukan satu mayat guru wanita.

Katanya, mangsa dikesan menggunakan kamera IRIS pada 9.45 pagi (waktu tempatan) dan dikeluarkan pada 12.45 tengah hari, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

“Pencarian menyeluruh di lokasi kedua di sebuah masjid tidak menemukan mangsa, manakala lokasi ketiga, iaitu rumah kedai menemukan satu mayat lelaki.

“Mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan pada 4.50 petang dari lantai bangunan berkenaan dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam laporan.

Menurutnya, operasi yang berakhir pada 6 petang itu bersambung hari ini.

Terdahulu, sebelum memulakan tugas hari ini, pasukan meluangkan masa kira-kira 10 minit meraikan Aidilfitri, dengan menunaikan solat sunat dan bersalaman.

Jumaat lalu, gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas selain, turut menjejaskan negara jiran Thailand dengan jumlah korban di Myanmar mencecah hampir 2,000 orang selain ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya