Elemen jenayah, cuai antara disiasat - Utusan Malaysia

Elemen jenayah, cuai antara disiasat

KEADAAN di kawasan letupan saluran paip gas Putra Height, Subang Jaya, Selangor sehari selepas hari kejadian. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Unsur jenayah dan kecuaian antara elemen yang turut disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti punca kejadian letupan dan kebakaran di Putra Heights di sini minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan pihaknya kini tertumpu kepada pelbagai aspek terma­suk dua unsur tersebut.

“Kecuaian ini banyak, ada yang kata ia disebabkan faktor manusia namun ada juga kemungkinan berlaku pergerakan tanah di bawah permukaan.

“Tekanan tinggi daripada aliran air dan macam-macam faktor lain juga boleh jadi punca. Itulah yang kita bincangkan tadi,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini semalam.

Menurutnya, fokus siasatan di lokasi kejadian semalam tertumpu pada sudut geoteknikal iaitu keadaan tanah di kawasan ground zero yang melibatkan 10 agensi.

Jelasnya, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak forensik sedang menilai tahap keselamatan di lokasi kejadian bagi mengelakkan risiko insiden tanah jerlus.

“Pasukan bomba pula akan memastikan semua siasatan forensik dilakukan dengan pemantauan keselamatan rapi.

“Kita risau keadaan tanah di situ, kekuatannya belum dipastikan. Apabila kita masuk, kita tidak tahu sama ada tanah itu kukuh atau tidak.

“Kita bimbang jika berlaku kejadian tanah jerlus pula. Itu sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku lagi,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya