DUN Kelantan: Wakil rakyat Pas persoal pendedahan polis Kelantan isu dadah, sumbang mahram

DUN Kelantan: Wakil rakyat Pas persoal pendedahan polis Kelantan isu dadah, sumbang mahram

WAN Rohimi Wan Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Wan Rohimi Wan Daud (Pas-Melor) mempersoalkan pendedahan Ketua Polis Kelantan berkaitan penglibatan pempengaruh dan usahawan kosmetik menjadi ketua sindiket jual dadah.

Beliau juga mempersoal pendedahan berkait kes sumbang mahram dan rogol yang dibuat oleh Datuk Mohd. Yusoff Mamat itu.

Wan Rohimi berkata, kenyataan itu tidak mempunyai data dan fakta berkaitan dengan pendedahan tersebut serta seolah-olah disengajakan bagi menimbulkan persepsi bahawa Kelantan adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.

“Saya tertanya-tanya Ketua Polis ini nak menjual cerita sensasi atau menjadi penguat kuasa dan penjawat awam yang mempunyai disiplin tentang data.

“9 April pegawai polis terkejut jumpa video seks anaknya bersama lelaki kenyataan Ketua Polis Kelantan. Datuk Speker daripada bulan dua, tiga dan bertalu-talu pada bulan April, bersusun-susun kenyaataan yang memberi gambaran negatif kepada negeri ini,” katanya semasa perbahasan persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Wan Rohimi memberitahu, empat hari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay mengulang data yang sama berkait Kelantan menjadi negeri tertinggi penyalahgunaan dadah.

“Kita duduk fikir kenapa bersungguh sangat, mengambil satu cebisan yang kecil untuk memberi gambaran yang salah. Kalau nak sebut, sebut semua lah.

“Bila kita tengok, baru kita perasan barang kali Sabtu ini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya