KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kecoh seketika semasa ketua pembangkang, Mohd. Syahbuddin Hashim ucapan beliau diganggu oleh wakil rakyat dari pihak ketika sesi perbahasan titah diraja.
Keadaan menjadi tegang apabila ada ADUN kerajaan mempertikaikan isi ucapan Mohd. Syahbuddin.
Mohd. Shahbudin bagaimanapun tetap meneruskan perbahasannya dan hanya sempat membacakan 46 daripada 101 isu rakyat yang dibangkit semasa sesi tersebut.
“Kami bukan datang hendak cari salah sesiapa, kami cuma mahu tanya, ke mana arah tuju negeri ini? Tapi ini banyak sangat gangguan,” katanya ketika persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Shahbudin turut menafikan dakwaan ADUN Melor, Wan Rohaimi Wan Abdul Rahman kononnya BN menjadi alat kepada parti tertentu dan menyifatkan tuduhan sedemikian tidak berasas.
Situasi itu menyebabkan suasana dewan menjadi tegang dan memaksa Timbalan Speaker , Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi campur tangan bagi meredakan keadaan.-UTUSAN