BEIJING: Usahawan muda China berusia 30 tahun kini diisytihar sebagai jutawan selepas rangkaian kedai teh miliknya, Chagee, disenaraikan di Amerika Syarikat (AS), meskipun ketegangan antara kedua-dua negara mendorong perpecahan ekonomi serta ketidaktentuan pasaran. Dengan pasaran IPO AS yang hampir terhenti dan sesetengah penganalisis mempersoalkan sama ada saham China akan disingkirkan daripada bursa Amerika, syarikat Zhang Junjie, Chagee Holdings, mula diniagakan di Nasdaq pada 17 April. Saham Chagee melonjak 40 peratus pada 12.10 tengah hari waktu New York, memberikan Zhang nilai bersih sebanyak AS$2.6 bilion (RM11.45 bilion), menurut Indeks Bilionair Bloomberg…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya