Buli: TDM berhentikan 12 pegawai, 29 anggota

Buli: TDM berhentikan 12 pegawai, 29 anggota

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan (kiri) beramah mesra dengan anggota Tentera Darat Malaysia semasa melakukan pemeriksaan barisan di Pos Tok O, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 12 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan anggota lain-lain pangkat telah diberhentikan kerja oleh pasukan itu selepas terlibat dengan perbuatan buli.

Panglima TDM Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ia melibatkan kesalahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun bermula 2019 lalu.

“Perbuatan buli adalah satu pengkhianatan besar kepada pasukan. Hal ini kerana kita menganggap setiap anggota adalah saudara, adik-beradik.

“TDM tidak akan berkompromi dengan pegawai atasan dan anggota bawahan yang didapati bersalah terlibat dengan buli,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan lawatan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O di sini hari ini.

Muhammad Hafizuddeain memberitahu, tindakan yang telah diambil itu memperlihatkan ketegasan TDM dalam menangani isu tersebut.

Katanya, pengurusan tertinggi TDM sentiasa memberi peringatan kepada seluruh anggota supaya tidak terlibat dengan bumi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, berasal dari Puchong, Selangor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya