Bersatu Kelantan kerah 50 ahli bantu PN Perak hadapi PRK Ayer Kuning

Bersatu Kelantan kerah 50 ahli bantu PN Perak hadapi PRK Ayer Kuning

KAMARUDIN Md. Nor-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengerahkan 50 ahlinya untuk membantu jentera kempen Perikatan Nasional (PN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak 26 April ini.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, sepanjang tempoh kempen Bersatu Kelantan akan bekerja berpandukan kepada saranan dari PN Perak sebagai tuan rumah.

“Walaupun Pas akan bertanding di kawasan itu, namun atas semangat rakan seperjuangan dalam PN, Bersatu Kelantan akan mengerahkan kudrat membantu kerja-kerja kempen sepanjang tempoh berkenaan.

“Kita beranggapan, 50 sukarelawan itu mencukupi untuk kerja-kerja PRK Ayer Kuning nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book of Records kepada sebuah hotel di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan Pas Kelantan sudah memulakan persediaan, menggerakkan dan menyusun tenaga kerja bagi menghadapi PRK DUN Ayer Kuning bermula Jumaat lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya