Bapa tiga anak berteduh di rumah daif tanpa pintu, tingkap

Bapa tiga anak berteduh di rumah daif tanpa pintu, tingkap

HAMZAH Yusoff (kiri) bersama anaknya menunjukkan pintu rumahnya yang hanya ditutup menggunakan kain lusuh di Kampung Chasi, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kesempitan hidup memaksa seorang bapa bersama tiga anak lelakinya berlindung di sebuah rumah usang tanpa pintu dan tingkap di Kampung Chasi, Tok Uban di sini, yang dianggap sebagai ‘syurga’ kecil mereka sejak lima tahun lalu.

Hamzah Yusoff, 49, berkata, rumah yang dibina atas tanah pusaka itu menjadi tempat berteduh mereka daripada panas terik dan hujan meskipun keada­annya amat daif.

“Meskipun uzur akibat ma­salah jantung, saya tetap berusaha mencari rezeki dengan mengambil upah membersih kebun. Pendapatan sekadar cukup makan, tapi tak mampu baiki rumah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Menurutnya, dia mempunyai lima anak dengan dua daripadanya bekerja di Johor manakala tiga lagi tinggal bersamanya. Isterinya menetap di Terengganu sejak 15 tahun lalu kerana mengajar sebagai guru agama dan hanya pulang dua hingga tiga kali sebulan.

“Seorang anak saya buka bengkel motosikal di halaman rumah, dua lagi masih bersekolah. Setiap kali keluar bekerja, rumah saya hanya ditutup kain lusuh, saya berserah saja kerana rumah langsung tiada pintu atau kunci,” katanya.

Tambah Hamzah, lima tahun lalu beliau menerima bantuan RM10,000 daripada sebuah agensi untuk membaiki rumah, namun dana itu hanya cukup untuk membeli barang asas. Kerja pembinaan pula dilakukan sendiri kerana tidak mampu mengupah tukang.

“Alhamdulillah, walau rumah terbuka, tiada kejadian kecurian berlaku. Tapi saya tetap bimbang keselamatan anak-anak,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya