Banjir: Penduduk sengkang mata, hadapi bah teruk

Banjir: Penduduk sengkang mata, hadapi bah teruk

Meru banjir
RAZMAN Zakaria menunjukkan keadaan banjir di rumahnya di Jalan Kenangan, Meru, Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bersengkang mata tidak tidur dan bersiap siaga menghadapi bah lebih buruk demikian kebimbangan penduduk di sekitar Meru di sini, yang dilanda banjir kilat paling buruk sejak 2021.

Antara kawasan terjejas iaitu Jalan Kenangan, Jalan Cempaka, Jalan Teratai, Taman Sri Jaya dan Taman Meru Indah.

Penduduk, Razman Zakaria, 52, berkata dia terpaksa berjaga berikutan hujan lebat berterusan diselangi guruh dan kilat, kira-kira pukul 1 pagi.

“Pada waktu itu, saya bersama isteri dan seorang anak perempuan segera mengemas semua pakaian dan barangan berharga. Selepas empat jam hujan, Air di halaman rumah mencecah paras betis,” katanya ketika ditemui dekat kediamannya di Jalan Kenangan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan kediaman mangsa yang terjejas masih dinaiki air kira-kira 0.3 meter dan banjir ‘termenung’.

Sehingga kini, seramai 134 penduduk ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai bermula pukul 6.45 pagi tadi.

Menurut Razman, dia yang menetap di kawasan itu lebih 50 tahun lalu menyifatkan kejadian berkenaan terburuk sejak empat tahun lalu.

“Saya terpaksa meninggikan struktur lantai bagi mengelak air yang kini hanya sejengkal lagi masuk ke dalam rumah. Kini, saya perlu sentiasa bersedia dan bimbang hujan lebat kembali berterusan sekali gus menyebabkan banjir lebih teruk,” ujar bapa kepada dua anak itu.

Tambah beliau, dia berharap pihak berwajib melakukan usaha membesarkan dan mendalamkan lagi parit di kawasan tersebut bagi mengelak bah itu berterusan.

Sementara itu, peniaga berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, kedai makan miliknya turut terjejas dalam bah berkenaan.

“Saya bersama beberapa peniaga lain kini terpaksa menghentikan sementara operasi perniagaan kerana ditenggelami air. Tempoh penutupan itu tidak tahu berapa lama dan kami juga terpaksa menanggung kerugian dalam tempoh sukar ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya