Banjir: Mangsa menurun 147 orang di PPS Meru

Banjir: Mangsa menurun 147 orang di PPS Meru

Meru banjir
SUASANA di PPS SK Sungai Binjai, Meru, di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Meru di sini, mencatatkan penurunan kepada 147 orang hari ini.

Kesemua mangsa daripada 43 buah keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai setakat pukul 12 tengah hari ini.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, mereka terdiri daripada 39 lelaki dan 53 wanita dewasa, kanak-kanak lelaki (30), kanak-kanak perempuan (25) dan seorang bayi perempuan.

Jumlah itu turut melibatkan 20 warga emas dan 16 Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditempatkan di dua blok sekolah tersebut.

Penduduk terjejas antaranya melibatkan Taman Sri Jaya, Taman Meru Indah, Jalan Kenangan, Jalan Cempaka, Jalan Teratai dan beberapa kampung lain.

Terdahulu, seramai 244 mangsa mendaftar masuk ke PPS itu yang mula dibuka dan diaktifkan sepenuhnya pukul 6.45 pagi semalam.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun mula pulang ke rumah masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kawasan di sekitar pekan Meru seperti Jalan Kenangan dan Jalan Cempaka masih dinaiki air. Namun, keadaan banjir semakin pulih dan paras air surut berikutan cuaca panas sejak pagi tadi.

Semalam, hujan lebat berterusan selama lebih lima jam menyebabkan beberapa kawasan di Meru dilanda banjir kilat pada awal pagi.

SK Sungai Binjai antara PPS yang diaktifkan di Selangor dengan jumlah mangsa banjir kini melebihi 800 orang di tiga daerah terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya