Banjir kilat landa tiga buah kampung di Jeli, 36 penduduk terjejas

Banjir kilat landa tiga buah kampung di Jeli, 36 penduduk terjejas

ANGGOTA Polis Jeli turun padang meninjau keadaan terkini mangsa banjir kilat yang berlindung di PPS Kampung Lakota, Jeli, Kelantan malam ini.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Hujan lebat selama tiga menyebabkan Kampung Lakota, Kulim dan Air Putih dilanda banjir kilat sekali gus menyaksikan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan seramai 36 mangsa.

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, setakat pukul 8 malam tadi kesemua mangsa dari 11 keluarga itu kita berlindung di PPS Kampung Lakota.

“Susulan itu, pihak kami (Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli) telah membuat lawatan PPS untuk melihat keadaan mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini sebentar tadi.

Kamarulzaman memberitahu, bagaimanapun air mulai surut pada pukul 9 malam tadi.

Katanya, kesemua penduduk yang terjejas akan dibenarkan pulang sekitar pukul 8 pagi esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya