Banjir: Bencana Tahap 1 diisytihar di Petaling - Utusan Malaysia

Banjir: Bencana Tahap 1 diisytihar di Petaling

Bencana
POLIS memantau keadaan banjir dekat Taman Sri Muda, Seksyen 25, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bencana Tahap 1 diisytiharkan di daerah Petaling susulan kejadian banjir ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana, Mohd. Najwan Halimi berkata, terdapat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Kenangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 28 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 16,

“Perisytiharan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed yang mengisytiharkan pembukaan dua PPS berkenaan.

“PPS di Dewan Kenanga MBSA dibuka bagi menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Lanchong sementara SK Seksyen 16 pula menempatkan mangsa dari Kampung Padang Jawa akibat terkesan banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1 di kawasan dimaklumkan dan berhampiran,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, seramai 60 mangsa terdiri daripada 50 orang dewasa dan 10 kanak-kanak dipindahkan ke Masjid Padang Jawa sebagai tempat transit sebelum dibawa ke PPS.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan antara kawasan terjejas dengan kedalaman air sekitar 0.5 meter seperti di Taman Sri Muda dan Kampung Padang Jawa, di sini; Kampung Tengah, Subang; Kampung Seri Aman, Puchong serta Meru, Klang.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sehingga pukul 8 pagi tadi, seramai 151 penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurutnya, antara PPS yang dibuka seperti Masjid Putra Height, Subang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru.

Jelas Mohd. Najwan, pihaknya sedang mengesahkan status banjir dan pembukaan PPS di Klang.

“Saya akan maklumkan sebaik sahaja peroleh maklumat. Bagi jumlah mangsa, kita kena tunggu daftar masuk PPS dahulu untuk mendapatkannya (angka yang tepat),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya